Isnin, 24 Disember 2018

CONTOH AYAT PENDAHULUAN PASANG SIAP.


AYAT PENDAHULUAN 1.

Dasawarsa ini, isu berkaitan dengan “TAJUK” sering kali menjadi buah mulut oleh masyarakat di Malaysia. Isu ini acap kali didiskusikan di mana-mana sahaja seperti di media massa, di kedai-kedai kopi dan diparlimen kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Kemelut ini, perlulah dicakna oleh semua strata masyarakat pluralistik di Malaysia supaya tidak ada lagi sikap acuh tak acuh dan individualistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Persoalannya, apakah “TAJUK” ? Mengapakah masih ramai lagi yang memandang enteng tentang isu ini? Tepuk dada, tanya selera. Segala persoalannya akan terjawab nanti.



           AYAT PENDAHULUAN 2.


         “TAJUK”, begitulah laungan yang sering terpapar dan terpampang di dada-dada akhbar, kaca televisyen dan corong-corong radio di ibu kota serta di ceruk pedalaman. Isu ini cuba membangkitkan gelombang kesedaran manusia tentang “TAJUK” demi mengekalkan kelangsungan citra hidup yang unggul ini. Justeru itu, kita harus memastikan “TAJUK” dapat (dipupuk/dibendung) dalam kalangan masyarakat demi mencapai misi dan matlamat Negara. Pelbagai persoalan terus menerjah dan menerawang di dalam kotak fikiran saya membicarakan mauduk tentang “TAJUK”. Persoalannya, apakah “TAJUK” ? Mengapakah masih ramai lagi memandang enteng tentang isu ini? Tepuk dada, tanya selera. Segala persoalannya akan terjawab nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan